Soalan:
Anta jadi seorang perempuan. Anta ada bf then tiba2 ada seorang lelaki kenal
dengan anta. And lelaki ini memang jurus. Memang ada cirri-ciri yang anta
inginkan.memang baik. Bila kenal dengan lelaki ini kita rasa nak berubah. Nak
jadi uang terbaik. Tapi, kita still xsure about our feeling. And, anta as
perempuan tu rasa xlayak dengan lelaki tu sebab macam laki tu baik sgt. And,
enta as perempuan tu ase xsuci sbb da banyak dosa. And, anta as perempuan tu
ase yg laki tu xkan terima anta sbb anta ni xsuci. Bagi pandangan.
Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum.
Semoga kita semua berada dalam ruangan rahmat Allah. Saya hanya sekadar manusia
biasa. Tidak mungkin terlepas daripada kesilapan. Ini hanyalah sekadar
pandangan dan ruang ilmu yang saya ada. Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan
kerana saudari diberi satu hidayah oleh Allah untuk menyedari satu keistimewaan
pada diri seseorang dan berasa diri saudari sudah banyak melakukan dosa.
Masalah saudari ini adalah biasa dan selalu berlaku dalam kalangan remaja. Apa yang
yang saya dapat perihalkan tentang diri dan perasaan saudari melalui soalan ini
ialah saudari sebenarnya telah tertarik dengan
‘kebaikan’ seseorang. Saya tidak
mahu beranggapan lebih daripada itu. Perlu diketahui, fitrah manusia sejak alam rahim lagi inginkan semaksimum mungkin
kebaikan. Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang buruk. Kalau saudari beli
buah, pasti saudari pilih yang baik lagi masak. Jadi, samalah dengan perasaan
saudari. Saudari pasti akan tertarik dengan sesuatu yang baik. Tapi, jangan
pelik jika ada sesetengah manusia yang sukakan keburukan. Bermakna golongan ini
sudah melawan fitrah. Nauzubillah. Soalan ini, saudari telah menyandarkan orang
lain dalam situasi saudari. Saudari ingin tahu bagaimana perasaan orang lain
jika di tempat saudari. Pertama, perempuan ini telah melakukan satu kesilapan
kerana mempunyai ‘boyfriend’. Hukum ber’kaple’ adalah haram. Orang selalu
mencari helah untuk menghalalkan perhubungan ini. Tetapi, hukumnya tetap haram.
Yang kedua, saudari telah mengenali seorang lelaki yang baik atau soleh. Saya
dapat agak bahawa lelaki ini mempunyai akhlak yang mulia. Beragama dan
berprinsip. Memang lelaki jenis ini
sudah hampir pupus di muka bumi ini. Untuk pengetahuan saudari, menurut kajian
Dr Fadhilah Kamsah. Sebanyak 70%-89% lelaki melayu yang tidak bersembahyang.
Masya Allah. Terlampau sukar untuk menemui lelaki yang soleh ketika ini. Tidak
hairanlah jika saudari tertarik dengan lelaki yang soleh ini. Kerana fitrah
seorang wanita inginkan seorang lelaki yang dapat menjaga dirinya, agamanya,
keluarganya kelak dan keperluan akhiratnya. Sudah tentu lelaki yang tiada
beragama tidak dapat memenuhi impian dan fitrah seorang wanita. Saya banyak
kenalan. Lelaki dan wanita. Ramai juga yang berhadapan situasi saudari ini.
Bila bertemu dengan lelaki baik, jiwa rasa tersentak, terpegun dan terketuk.
Kadang-kadang, untuk mengambil perhatian lelaki itu, wanita akan berlagak untuk
menjadi solehah. Demi untuk mendapat perhatian. Tapi, jika benar saudari
melihat keperibadian lelaki itu sehingga menyebabkan saudari ingin berubah
menjadi lebih baik. Alhamdulillah. Yang
penting ikhlaskan niat. Maafkan saya jika ucapan saya salah. Saya rasa saudari
sudah tertarik dengan lelaki ini. Jangan risau. Perasaan itu tidaklah menjadi
dosa. Kerana cinta yang lahir dalam hati adalah fitrah dan tiada kuasa yang
dapat mengekang melain Allah. Selagi ia diikat dan dijaga dengan rapi, Insya
Allah ia akan menjadi pahala kepada saudari. Jika benar2 sukakan akhlak lelaki
itu, berdoalah kepada Allah dan sentiasalah perbaiki akhlak saudari kerana
Allah ada berfirman, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dosa atau
kesilapan yang telah saudari lakukan, jangan menjadi satu halangan untuk
saudari dapatkan lelaki yang baik. Setiap orang melakukan dosa kecuali Nabi
& Rasul. So, now you must turn to the right. Tinggalkan ‘BF’ saudari itu.
Kerana dia bukan lelaki yang layak bagi saudari. Perbaiki diri. Perhiaskan diri
dengan bunga-bunga agama dan wangikan jiwa dengan ruh ibadat kepada Allah.
Mudahan usaha saudari untuk menjadi seorang wanita yang solehah akan dilihat
oleh Allah. Jangan bimbang dengan lelaki yang soleh itu. Jika bukan dia yang
saudari miliki, pasti Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik. Percaya
dan yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya, Allah tidak akan menzalimi hambanya.
Wallahualam.
(ustaz cinta junior)