Saturday, 8 September 2012
Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran saya panjatkan kepada Yang Maha Pencipta yang mencipta waktu yang luang untuk saya. Sesungguhnya waktu yang diberi inilah yg memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan Majalah Rio edisi-10. Sepanjang proses, byk perkara dan ujian yang saya lalui. Pada fikiran sy, mmg sudah tidak sempat untuk menyiapkan majalah ini memandang masa begitu sempit. Banyak komitmen lain yang terpaksa dilalui. Maaflah, saya ingin buat perkongsian sikit. Majalah ni siap beberapa jam sblm saya berangkat ke Egyp. Bayangkan, bagaimana situasi yg saya hadapi. dengan bag yang masih belum packing spenuhnya, barang ada yang belum satle dan urusan lain2. Pada awalnya, sy sudah berputus asa untuk mnyiapkan majalah ini. Tapi, bila difikirkan balik ini saja cara untuk memberi manfaat kepada orang lain sblm meninggalkan Malaysia, saya kuatkan hati dan tambahkan stamina untuk menyiapkan majalah ini. Alhamdulillah, azam yang kuat itu dibantu Allah. Maka terhasillah majalah edisi ke-10. Tidak dinafikan, terdapat banyak kekurangan. Maklum saja, buat dalam tergesa2. Saya mohon maaf jika pembaca sekalian tidak berpuas hati. Hanya ini yang mampu saya lakukan. Semoga mendapat manfaat daripada majalah ini, Insya Allah. Ketika post ini ditulis, saya sedang berada di KLIA menunggu untuk berlepas. Mohon doa semua agar saya dipermudahkan dalam urusan pembelajaran dan cemerlang dengan cemerlangnya. Selamat Membaca.
Wednesday, 15 August 2012
Penghargaan buat Pembaca
Bismillahirrahmanirahim.
Segunung dan selaut ucapan syukur dipanjatkan kepada Allah
penakluk sekalian alam. Yang memberi rahmat dan upaya untuk menjalankan dakwah
di muka alam ini. Setelah dua edisi majalah Rio diterbitkan, ia telah mendapat sambutan
yang amat diluar duga. Pelbagai respon daripada pembaca dikutip dan dianalisa. Ternyata,
banyak respon positif yang diterima. Tidak ketinggalan juga yang member kata-kata
peransang dan mengiringkan doa agar dapat meneruskan usaha ini. Terima kasih
atas sokongan anda semua. Oleh hal yang demikian, saya merancang untuk
menerbitkan satu lagi edisi Majalah Rio pada tahun ini iaitu edisi ke-10. Saya akan
jadikan edisi ini sebagai edisi penghargaan buat pembaca sekalian. Saya telah
memulakan proses pembikinannya, tapi masih lagi diperingkat 30 % siap. Terlalu banyak
komitmen dan urusan pembelajaran membuatkan saya tidak dapat menumpu sepenuhnya
pada pembikinan majalah. Insya Allah saya akan usaha untuk siapkan dalam bulan
Syawal. Doakan saya agar diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan usaha ini.
Wallahualam.
Monday, 25 June 2012
Soalan Pembaca
Soalan:
Anta jadi seorang perempuan. Anta ada bf then tiba2 ada seorang lelaki kenal
dengan anta. And lelaki ini memang jurus. Memang ada cirri-ciri yang anta
inginkan.memang baik. Bila kenal dengan lelaki ini kita rasa nak berubah. Nak
jadi uang terbaik. Tapi, kita still xsure about our feeling. And, anta as
perempuan tu rasa xlayak dengan lelaki tu sebab macam laki tu baik sgt. And,
enta as perempuan tu ase xsuci sbb da banyak dosa. And, anta as perempuan tu
ase yg laki tu xkan terima anta sbb anta ni xsuci. Bagi pandangan.
Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum.
Semoga kita semua berada dalam ruangan rahmat Allah. Saya hanya sekadar manusia
biasa. Tidak mungkin terlepas daripada kesilapan. Ini hanyalah sekadar
pandangan dan ruang ilmu yang saya ada. Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan
kerana saudari diberi satu hidayah oleh Allah untuk menyedari satu keistimewaan
pada diri seseorang dan berasa diri saudari sudah banyak melakukan dosa.
Masalah saudari ini adalah biasa dan selalu berlaku dalam kalangan remaja. Apa yang
yang saya dapat perihalkan tentang diri dan perasaan saudari melalui soalan ini
ialah saudari sebenarnya telah tertarik dengan
‘kebaikan’ seseorang. Saya tidak
mahu beranggapan lebih daripada itu. Perlu diketahui, fitrah manusia sejak alam rahim lagi inginkan semaksimum mungkin
kebaikan. Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang buruk. Kalau saudari beli
buah, pasti saudari pilih yang baik lagi masak. Jadi, samalah dengan perasaan
saudari. Saudari pasti akan tertarik dengan sesuatu yang baik. Tapi, jangan
pelik jika ada sesetengah manusia yang sukakan keburukan. Bermakna golongan ini
sudah melawan fitrah. Nauzubillah. Soalan ini, saudari telah menyandarkan orang
lain dalam situasi saudari. Saudari ingin tahu bagaimana perasaan orang lain
jika di tempat saudari. Pertama, perempuan ini telah melakukan satu kesilapan
kerana mempunyai ‘boyfriend’. Hukum ber’kaple’ adalah haram. Orang selalu
mencari helah untuk menghalalkan perhubungan ini. Tetapi, hukumnya tetap haram.
Yang kedua, saudari telah mengenali seorang lelaki yang baik atau soleh. Saya
dapat agak bahawa lelaki ini mempunyai akhlak yang mulia. Beragama dan
berprinsip. Memang lelaki jenis ini
sudah hampir pupus di muka bumi ini. Untuk pengetahuan saudari, menurut kajian
Dr Fadhilah Kamsah. Sebanyak 70%-89% lelaki melayu yang tidak bersembahyang.
Masya Allah. Terlampau sukar untuk menemui lelaki yang soleh ketika ini. Tidak
hairanlah jika saudari tertarik dengan lelaki yang soleh ini. Kerana fitrah
seorang wanita inginkan seorang lelaki yang dapat menjaga dirinya, agamanya,
keluarganya kelak dan keperluan akhiratnya. Sudah tentu lelaki yang tiada
beragama tidak dapat memenuhi impian dan fitrah seorang wanita. Saya banyak
kenalan. Lelaki dan wanita. Ramai juga yang berhadapan situasi saudari ini.
Bila bertemu dengan lelaki baik, jiwa rasa tersentak, terpegun dan terketuk.
Kadang-kadang, untuk mengambil perhatian lelaki itu, wanita akan berlagak untuk
menjadi solehah. Demi untuk mendapat perhatian. Tapi, jika benar saudari
melihat keperibadian lelaki itu sehingga menyebabkan saudari ingin berubah
menjadi lebih baik. Alhamdulillah. Yang
penting ikhlaskan niat. Maafkan saya jika ucapan saya salah. Saya rasa saudari
sudah tertarik dengan lelaki ini. Jangan risau. Perasaan itu tidaklah menjadi
dosa. Kerana cinta yang lahir dalam hati adalah fitrah dan tiada kuasa yang
dapat mengekang melain Allah. Selagi ia diikat dan dijaga dengan rapi, Insya
Allah ia akan menjadi pahala kepada saudari. Jika benar2 sukakan akhlak lelaki
itu, berdoalah kepada Allah dan sentiasalah perbaiki akhlak saudari kerana
Allah ada berfirman, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dosa atau
kesilapan yang telah saudari lakukan, jangan menjadi satu halangan untuk
saudari dapatkan lelaki yang baik. Setiap orang melakukan dosa kecuali Nabi
& Rasul. So, now you must turn to the right. Tinggalkan ‘BF’ saudari itu.
Kerana dia bukan lelaki yang layak bagi saudari. Perbaiki diri. Perhiaskan diri
dengan bunga-bunga agama dan wangikan jiwa dengan ruh ibadat kepada Allah.
Mudahan usaha saudari untuk menjadi seorang wanita yang solehah akan dilihat
oleh Allah. Jangan bimbang dengan lelaki yang soleh itu. Jika bukan dia yang
saudari miliki, pasti Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik. Percaya
dan yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya, Allah tidak akan menzalimi hambanya.
Wallahualam.
(ustaz cinta junior)
Tuesday, 1 May 2012
STATISTIK JUALAN Edisi ke-8
|
JUALAN MAJALAH
|
NASKHAH JUALAN
|
|
Maahad Muhammadi Perempuan K. Bharu
|
150
|
|
Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah
|
111
|
|
Maahad Rahmaniah, Kuala Krai
|
100
|
|
Maahad Ahmadi Padang Siam, T.Merah
|
93
|
|
Maahad Tahfiz Sains Tumpat
|
26
|
|
Maahad Muhammadi Pasir Pekan
|
75
|
|
Maahad Muhammadi Tumpat
|
75
|
|
SMKA Wataniah Machang
|
50
|
|
Orang Awam
|
17
|
|
Jumlah
|
697
|
Monday, 30 April 2012
Sambutan Amat Menggalakkan!
Alhamdulillah. setinggi-tinggi kesyukuran saya zahirkan kepada Allah swt kerana memberi keizinan kepada saya untuk menerbitkan majalah ini. Alhamdulillah. itulah kalimat yg mampu sy ucapkan ketika ini. Saya tidak menjangkakan majalah terbitan pertama saya ini begitu mendapat tempat di kalangan pelajar. Setakat ini, saya telah mencetak sebanyak 700 naskhah dan semuanya telah kehabisan malahan masih ada lagi yang mencarinya. Tapi, walaupun masih ramai yg mahu mendapatkannya, saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk edisi ke-8 ini. Kerana, saya hanya bercadang untuk mencetak 700 buah sahaja bagi edisi tryer ini. Inipun sudah masuk cetakan kedua. Insya'Allah untuk edisi ke-9 ini, saya telah mencetak sebanyak 1500 naskhah. Mudahan ia cukup untuk permintaan semua. Insya'Allah. Terima Kasih kerana sokongan anda semua. Setia bersama majalah rio!
Sunday, 15 April 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)


