Wednesday, 15 August 2012

Penghargaan buat Pembaca

Bismillahirrahmanirahim.

Segunung dan selaut ucapan syukur dipanjatkan kepada Allah penakluk sekalian alam. Yang memberi rahmat dan upaya untuk menjalankan dakwah di muka alam ini. Setelah dua edisi majalah Rio diterbitkan, ia telah mendapat sambutan yang amat diluar duga. Pelbagai respon daripada pembaca dikutip dan dianalisa. Ternyata, banyak respon positif yang diterima. Tidak ketinggalan juga yang member kata-kata peransang dan mengiringkan doa agar dapat meneruskan usaha ini. Terima kasih atas sokongan anda semua. Oleh hal yang demikian, saya merancang untuk menerbitkan satu lagi edisi Majalah Rio pada tahun ini iaitu edisi ke-10. Saya akan jadikan edisi ini sebagai edisi penghargaan buat pembaca sekalian. Saya telah memulakan proses pembikinannya, tapi masih lagi diperingkat 30 % siap. Terlalu banyak komitmen dan urusan pembelajaran membuatkan saya tidak dapat menumpu sepenuhnya pada pembikinan majalah. Insya Allah saya akan usaha untuk siapkan dalam bulan Syawal. Doakan saya agar diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan usaha ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment