Bismillahirrahmanirahim.
Segunung dan selaut ucapan syukur dipanjatkan kepada Allah
penakluk sekalian alam. Yang memberi rahmat dan upaya untuk menjalankan dakwah
di muka alam ini. Setelah dua edisi majalah Rio diterbitkan, ia telah mendapat sambutan
yang amat diluar duga. Pelbagai respon daripada pembaca dikutip dan dianalisa. Ternyata,
banyak respon positif yang diterima. Tidak ketinggalan juga yang member kata-kata
peransang dan mengiringkan doa agar dapat meneruskan usaha ini. Terima kasih
atas sokongan anda semua. Oleh hal yang demikian, saya merancang untuk
menerbitkan satu lagi edisi Majalah Rio pada tahun ini iaitu edisi ke-10. Saya akan
jadikan edisi ini sebagai edisi penghargaan buat pembaca sekalian. Saya telah
memulakan proses pembikinannya, tapi masih lagi diperingkat 30 % siap. Terlalu banyak
komitmen dan urusan pembelajaran membuatkan saya tidak dapat menumpu sepenuhnya
pada pembikinan majalah. Insya Allah saya akan usaha untuk siapkan dalam bulan
Syawal. Doakan saya agar diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan usaha ini.
Wallahualam.