Monday, 30 April 2012

Sambutan Amat Menggalakkan!

Alhamdulillah. setinggi-tinggi kesyukuran saya zahirkan kepada Allah swt kerana memberi keizinan kepada saya untuk menerbitkan majalah ini. Alhamdulillah. itulah kalimat yg mampu sy ucapkan ketika ini. Saya tidak menjangkakan majalah terbitan pertama saya ini begitu mendapat tempat di kalangan pelajar. Setakat ini, saya telah mencetak sebanyak 700 naskhah dan semuanya telah kehabisan malahan masih ada lagi yang mencarinya. Tapi, walaupun masih ramai yg mahu mendapatkannya, saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk edisi ke-8 ini. Kerana, saya hanya bercadang untuk mencetak 700 buah sahaja bagi edisi tryer ini. Inipun sudah masuk cetakan kedua. Insya'Allah untuk edisi ke-9 ini, saya telah mencetak sebanyak 1500 naskhah. Mudahan ia cukup untuk permintaan semua. Insya'Allah. Terima Kasih kerana sokongan anda semua. Setia bersama majalah rio!

No comments:

Post a Comment